Soalan-soalan Lazim (FAQ)
Apa beza harga akaun emas GAP dan harga emas fizikal?
Harga GAP berubah setiap hari pada jam sekitar 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 20 minit, oleh itu dalam satu-satu masa, harga GAP lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal.
Selain itu, harga GAP sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar emas fizikal, lebih rendah harga per gram.
Emas simpanan 999 atau emas perhiasan 916, mana lebih baik?
Beza paling ketara ialah kualiti emas tersebut. Emas simpanan biasanya berkualiti emas 24K atau emas 999, tetapi emas perhiasan biasanya berkualiti emas 22K atau emas 916. Emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dengan harapan pulangan tinggi.
Bila waktu paling sesuai untuk beli emas?
Paling Sesuai, Semalam. Kedua Sesuai, Hari ini.
Sebenarnya waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit simpanan yang takkan digunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, siapa tahu esok harga akan rendah atau tinggi?
Adakah wajib bayar zakat untuk akaun GAP?
Emas dalam bentuk akaun GAP mahupun fizikal, gold bar atau dinar, jika jumlah emas simpanan cecah 85 gram atau lebih, dan cukup setahun, wajib bayar zakat pada kadar 2.5% daripada harga semasa. Maklumat lanjut di zakat.com.my
Bagaimana cara buka akaun untuk anak (bawah 18 tahun)?
Boleh daftar Public Gold Junior Account di sini.
Bagaimana cara daftar sebagai ahli Public Gold?
Pendaftaran PERCUMA boleh dibuat di sini.
Apa beza akaun GAP biasa dengan akaun GAP Junior?
Akaun GAP biasa adalah untuk penyimpan 18 tahun dan ke atas sementara akaun GAP Junior untuk penyimpan bawah 18 tahun.
Maklumat ibu/bapa/penjaga diperlukan dalam pendaftaran akaun GAP Junior.
Bagaimana dengan akaun Public Gold jika penyimpan meninggal dunia?
Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:
Sijil Kematian
Sijil Perkahwinan [ Suami/Isteri ], [ jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak ]
Salinan IC pewaris
Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris [ isteri/anak-anak ]
Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.
Jika Ada Buat Easy Payment Purchased [ EPP ], waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan;
Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% penalti atau
Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.
* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold
Apa itu spread emas?
Spread emas ialah beza antara harga beli dan harga jual emas pada waktu yang sama.
Apakah Publicgold.cc?
publicgold.cc satu laman web untuk saya selaku Public Gold Dealer untuk berkongsi ilmu tentang emas.